Friday, September 28, 2012

Ayam Golek

Assalamualaikum.

Okehh, tajuk hari ini Ayam Golek. Mesti korang pelikkan kenapa pulak tajuk ni Ayam Golek. Haaa, mesti korang ingat yang aku ni mesti baru lepas makan Ayam Golek atau baru lepas beli Ayam Golek atau yang sewaktu dengannya. Salah, salah semua tanggapan tu salah.

Tajuk ni terhasil semasa class Research petang tadi. Haha, pensyarah aku cakap sebelum pergi Tesco/Jusco kita kena tahu nak beli apa. Macam tu jugak la Research. Sebelum nak buat Research kena laa tahu nak buat pasal tajuk apaaa. Haa, lagi satu contoh kalau kita nak masak Ayam Golekk (*Haaa, kat situ laa tajuk ayam golek tuu terkeluar. Hehe.), kita kena beli ayam seekor for the Ayam Golek tuu. Haha, comel kan pensyarah aku bagi contoh macam ni. Hehe.

Aku rasa sem ni (Sem 5) adalah yang paling tough untuk aku. *Arghhh kau Nabilah tiap-tiap sem kau cakap tough. Hahaha. Tapi, betul kali ni agak tough sebab kena buat research. Then, sem depan, final sem ada VIVA pulakkk (*Nanti aku buat entry pasal apa ituu VIVA eh, eh). Tapi aku faham, ini semua dugaan & cabaran untuk mendapatkan segulung ijazah.

Sem depan merupakan the last sem. Agak sedih laa sebab lepas ni dah tak ada dah nak ulang alik PONTIAN-MELAKA lagii. Sebelum ni asik muka aku jer laa kat S&S Internation Express kaunter tuu beli tiket. Hahaha. Tapi harapnya, walaupun sudah habis pengajian nanti, persahabatan aku dan rakan-rakan yang aku jalinkan di Melaka ni tidak akan putus. Moga Ukwah itu dipelihara oleh-Nya. Aminnnn.

Oppsss, dah macam ter'panjang pulakkk aku tulis kali ni. Sooo, sampai disini saja laa coretan untuk kali ni. Lain kali kita cerita-cerita lagi ehhh,ehh.

Assalamualaikum.
Semoga kita semua akan menjadi Muslim & Muslimah yang berjaya di dunia & akhirat. InsyaAllah ;)

Thursday, July 19, 2012

Begini Caranya

Kadang-kadang kita rasa diri kita sangat tidak diperlukan oleh orang sekeliling. Mereka sesuka hati mengambil dan mencampakkan kita. Apabila kita merasa sedemikian, jangan kita mudah mengalah. Kuatkan hati demi mereka yang masih setia di samping kita. jangan kerana seorang teman, kekasih mahupun sahabat baik meninggalkan kita demi orang lain kita terus kecewa, kuatkan hati nescaya Allah akan bantu kita, hambanya yang memerlukan pentunjuk dari-Nya. InsyaAllah :)

Friday, July 13, 2012

Kelakuan & Keegoan Mu

Sahabat.
Dulu kita tidak mengenali,
Kini kita mengenali,
Makin kita mengenali,
Makin banyak yang engkau tunjukkan.

Kini,
Engkau bagai tidak mengerti siapa aku,
Engkau tidak faham keadaan ku,
Engkau hanya memikirkan diri sendiri.

Sahabat,
Jika benar kita sahabat,
Engkau pasti tahu kesusahan ku,
Engkau pasti tidak akan membiarkan aku menangis,
Kerana kelakuan kau aku menangis,
Kerana keegoan kau aku menangis.

Inikah yang bernama Sahabat?