Friday, July 13, 2012

Kelakuan & Keegoan Mu

Sahabat.
Dulu kita tidak mengenali,
Kini kita mengenali,
Makin kita mengenali,
Makin banyak yang engkau tunjukkan.

Kini,
Engkau bagai tidak mengerti siapa aku,
Engkau tidak faham keadaan ku,
Engkau hanya memikirkan diri sendiri.

Sahabat,
Jika benar kita sahabat,
Engkau pasti tahu kesusahan ku,
Engkau pasti tidak akan membiarkan aku menangis,
Kerana kelakuan kau aku menangis,
Kerana keegoan kau aku menangis.

Inikah yang bernama Sahabat?

No comments:

Post a Comment