Thursday, July 19, 2012

Begini Caranya

Kadang-kadang kita rasa diri kita sangat tidak diperlukan oleh orang sekeliling. Mereka sesuka hati mengambil dan mencampakkan kita. Apabila kita merasa sedemikian, jangan kita mudah mengalah. Kuatkan hati demi mereka yang masih setia di samping kita. jangan kerana seorang teman, kekasih mahupun sahabat baik meninggalkan kita demi orang lain kita terus kecewa, kuatkan hati nescaya Allah akan bantu kita, hambanya yang memerlukan pentunjuk dari-Nya. InsyaAllah :)

Friday, July 13, 2012

Kelakuan & Keegoan Mu

Sahabat.
Dulu kita tidak mengenali,
Kini kita mengenali,
Makin kita mengenali,
Makin banyak yang engkau tunjukkan.

Kini,
Engkau bagai tidak mengerti siapa aku,
Engkau tidak faham keadaan ku,
Engkau hanya memikirkan diri sendiri.

Sahabat,
Jika benar kita sahabat,
Engkau pasti tahu kesusahan ku,
Engkau pasti tidak akan membiarkan aku menangis,
Kerana kelakuan kau aku menangis,
Kerana keegoan kau aku menangis.

Inikah yang bernama Sahabat?